Moringa Oleifera 

Pada tahun 2008, tumbuhan ini telah memenangi gelaran “Plant of the Year” dari National Institutes of Health.

Moringa Oleifera juga telah menerima gelaran “The Miracle Plant” beberapa tahun sebelumnya. Dipanggil dengan gelaran ini adalah kerana kelebihannya dalam mengatasi dan merawat penyakit kronik seperti :

  • Heart disease
  • Digestive disorders
  • Diabetes
  • Anemia
  • Liver disease
  • Arthritis
  • Respiratory ailments
  • Skin conditions

Boleh terangkan serba sedikit atau pengenalan mengenai Moringa Oleifera ini?

Moringa Oleifera adalah tumbuhan Pan-tropika. Pohon ini dikatakan asalnya dari Sub-Himalayan – India, Pakistan, Bangladesh dan Afghanistan.

Ia telah pun menjadi tumbuhan yang penting di India, Ethiopia, Filipina, dan Sudan. Kini sedang pesat ditanam di Barat, Timur dan Selatan Afrika, Amerika Latin dan banyak lagi. Malah, tumbuhan ini sudah ditanam dan digunakan di Malaysia terutamanya orang India yang telah lama menggunakan buahnya didalam masakan seperti dhal.

Kesemua bahagian pokok Moringa ini mempunyai kelebihannya tersendiri.

Berbeza tempat, tumbuhan ini mempunyai pelbagai nama. Ia juga dikenali sebagai benzolive, drumstick tree, kelor, marango, mlonge, mulangay, nebeday, saijhan dan sajna.

Moringa Oleifera telah lama digunakan dalam perubatan tradisional. Malah banyak kajian saintifik terkini telah bermula untuk membuktikan kebenaran kehebatan pohon Moringa Oleifera ini yang dikenali sebagai Tumbuhan Ajaib.

 

Sumber : www.journalofnaturallongevity.com/2017/04/03/many-health-benefits-moringa/